Wednesday, January 28, 2015

Travel : MyRapid Pass

Sejak dua menjak tempat kerja kat tengah bandaraya, saya amatlah concern dengan travel budget. T___T Maklumlah, orang hado-hado, plus cheapskate (bab selain makanan).

Plan nak naik lrt tu memang dah lama ada tapi yang selalu buat saya putus ada dengan lrt ni adalah parking. 

Last year kalau tak silap (kalau nak fact, pergi Google sendiri), myRapid KL start buat parking bertingkat, and start dengan Terminal Gombak. Then, stesen lrt Ampang. Wah wah, suka acik. 

Tapi, ada catch dia. 

In order korang nak parking kereta kat sini, korang kena ada myRapid pass, bukan Touch n Go mahupun tunai, only myRapid pass yang korang boleh beli dekat any lrt stesen (Ampang Line, Kelana Jaya Line, Monorail).

MyRapid pass ni, function dia lain dengan season pass (normal, intergration dengan apa entah lagi satu) which season pass, korang kena bayar certain amount every month (please refer table kat bawah). 

Season pass fare table

MyRapid pass ni, sebenarnya berfungsi lebih kurang sama dengan Touch n Go, tapi guna untuk lrt, monorel dan bas myRapid KL, oh, dan parking Terminal Gombak & Ampang. So, korang boleh top-up nilai kat mesin beli token kat any station.

Lepastu, untuk parking, kalau korang park kereta, misalnya dekat Terminal Gombak, masuk guna myRapid pass, then decide nak naik bas pergi Genting (ada lagi ke bas shuttle pergi Genting? Lama tak buat bebenda macam tu). Rate parking korang, akan dikira ikut rate per hour. T___T Kalau jenis park sejam dua, maaflah kot. Kalau park sampai malam, nangis. Flat rate rm4 hanya apply untuk park & ride, means korang park kerera dan naik lrt untuk travel. Okeh? So kalau nak pergi Genting, naik shuttle dari KL Sentral. 


Maka, untuk train frequent user and mahu parking juga di area stesen, macam saya, obviously, myRapid pass ni memang memudahkan dan diperlukan. 

Thanx so much pada Rapid KL sebab at least berusaha juga nak memudahkan hidup orang pemalas macam saya, nak jimat tapi malas nak jalan jauh. T___T 

Dasar.

So, moga saya tak berapa gemuk, makin slim lepas ni sebab banyak jalan. (Takde kena mengena)

No comments:

Post a Comment